Friday, April 10, 2009

ERA NAJIB BERMULA


LAHIR UNTUK MEMIMPIN..

Dilahirkan pada 23 Julai 1953...mengangkat sumpah dan ikrar taat setia pada 3 April 2009 sebagai PM ke-6 mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM ke-5)...
..........Jom kita kenal sikit sebanyak tentang PM kita ni...
Penyambung Legasi Tun Razak..menjadi anak kepada seorang perdana menteri mungkin menjadi impian ramai org di luar sana tetapi mendapat peluang menjawat jawatan yg sama pastinya satu takdir dan pencapaian luar biasa buat empunya diri..itu lah takdir yg tertulis untuk Datuk Seri NajibTun Razak...Jasa bapanya,Tun Abdul RAzak Hussein kepada bangsa melayu tidak dapat dinilai dengan kata2,dan kini beliau berpeluang menghulurkan jasa seperti yang pernah bapanya sumbangkan. Sudah 33 tahun Tun Razak meninggalkan kita ,tempoh 6 tahun memimpin dimanfaatkan sepenuhnya oleh Allahyarham dengan menyediakan flatform kukuh(bukan flatform kt puduraya ek)dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal negara. Bangkit dari pengalaman hitam 13 Mei 1969, Tun razak bersama barisan kabinetnya merancana plan yang paling ngetop untuk membina satu warga yang bersatu,biarpun dipisahkan oleh sempadan rumpun bangsa,bahasa dan kepercayaan yang berbeza..
Father of Denvelopment amat sinonim ngn inisiatifnya mengukuhkan kedudukan ekonomi orang melayu menerusi DEB dan pembukaan tanah rancangan Felda (termasuklah felda Taib Andak)...
......Memetik tulisan yang diabadikan dalam buku Tun Abdul Razak: A Personal Potrait....di dalamnya Najib pernah berkongsi satu cerita tentang bapa kesayangannya itu....Masih ingat sewaktu masih kanak2 dulu....kami ingin skali mempunyai kolam renang(swiming pool)teapi setelah puas menunggu selama sebulan permintaan itu ditolak..setelah meneliti anggaran belanja yang disediakan oleh JKR beliau akhirnya memberitahu"tidak boleh"nanti ape pula orang kata"...Beliau (Allahyarham Tun Razak) berpegang kepada prinsip hingga menidakkan banyak perkara yang diingini oleh keluarga semata2 supaya tidak org bercakap mengenainya(fuh mulia sungguh hati beliau kan.)...
ok berbalik kepada Najib...Najib bernafas dan membesar dengan melihat bapanya mengemudi negara yang pada masa itu masih berada dlm fasa awal memperoleh kemerdekaan...biarpun begitu penglibatan Najib dalam arena politik tempatan boleh dianggap sebagi tidak sengaja..ops..im sorry (tagline amir raja lawak musim ke-3)tidak sengaja..pemergian mendadak ayahndanya pada 14 jan 1976 akibat penyakit Leukimia telah mengubah langsung kerjaya beliau secara dramatik...
Mendapat sokongan padu dari UMNO Pahang,kekosongan kerusi Parlimen Pekan kemudian diisi oleh Najib, graduan Jurusan Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham,England yang ketika itu baru berumur 23 tahun(remaja skg umur sebegini masih merempit lagi)...Dipilih menjadi Ahli Perlimen termuda dalam sejarah Malaysia(pecah rekod lagi),,sebelum tu pernah berkhidmat di Bank Negara dan Petronas (bukan stesen minyak petronas sebagai attendent pam ek) sebagi Pengurus Hal Ehwal Awam....
Selepas setahun (bersamaan 12 bulan) selepas bertanding kerusi perlimen Pekan pada 1975 Najib diberi kepercayaan dengan dilantik sebagi Timbalan Menteri Tenaga,Telekomunikasi dan Pos sebelum berkhidmat selaku Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan..
..Kendianyer jadi Menteri Besar Pahang selapas Pilihanraya 1982..Bintang kelahiran Kuala Lipis(sama ngn Datuk Siti Norhaliza kan) terus bersinar apabila beliau memegang portfolio sebagai menteri penuh di beberapa Kementerian seperti Kementerian Belai Dan Suka,Kementerian Pertahanan(2 kali) Dan Kementerian Pendidikan...Pengalam berjuang begitu lama dalam politik sehingga dilantik sebagai orang nombor satu negara sememangnya menjadi aset paling berharga buat Najib...Sepanjang menyaksikan kepimpinan 4 orang PM silih berganti Najib tentunya memperolehi banyak pendedahan tentang cara terbaik menyelesaikan masalah dan memaksimum kan peluang...Najib membuktikan beliau merupakan seorang TPM yang setia kepada ketuanya.Beliu tidak tergesa2 dan tidak pernah cuba untuk membuktikan dirinya lebih power...(go go power rangers..bertukar) ciri2 seorang pengikut yang baik sentiasa ada dlm dirinya...
..Pada masa yg sama kita boleh lihat Najib cukup fokus untuk menyempurnakan tugas yg dipertanggungjawabkan ke atasnya,,tidak kira ketika menjawat jawatan ape pun Najib tidak melakukan sesuatu untuk popularitinya atau bersikap retorik...
Biar apa pun tanggapan serta harapan rakyat terhadap seorang lelaki bernama Najib yang pasti beliau datang dari benih terbaik dan akan terus berusaha membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.......

No comments: