Friday, April 10, 2009

KABINET 2009

Berikut adalah senarai penuh anggota kabinet:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri :

Dr Koh Tsu Koon ( hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi)
Nazri Abdul Aziz ( hal ehwal perundangan dan parlimen)
Nor Mohamed Yaakop ( unit perancang ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
( hal ehwal agama Islam)


Timbalan Menteri di JPM:

Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK DevamanyAhmad MaslanT Murugiah (sen)


Kewangan - Datuk Seri Najib Tun Razak ....Menteri Kewangan 2 - Ahmad Husni Hanadzlan Timbalan ......Chor Chee Heong .........Dr Awang Adek Hussien (sen)

Menteri Pelajaran - Tan Sri Muhyiddin Yassin -Timbalan Dr Wee Ka Siong...Dr Puad Zakarshi

Menteri Pengangkutan - Ong Tee Keat -Timbalan Abdul Rahin Bakri Robert Lau Hoi Chew

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodidi - Bernard Dompok Timbalan menteri - Hamzah Zainuddin

Menteri Kementerian Dalam Negeri - Hishamuddin Hussien Timbalan menteri - Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat

Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Dr Rais Yatim Timbalan menteri - Joseph Salang Gandum dan Heng Seai Kie (sen)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Peter Chin Fah Kui Timbalan menteri - Noriah Kasnon

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan WIlayah - Shafie Apdal Timbalan menteri - Hassan Malek dan Joseph Entulu Belaun

Menteri Pengajian Tinggi - Khaled Nordin Timbalan menteri - Dr Hou Kok Chung dan Saifuddin Abdullah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Mustapa Mohamad Timbalan menteri - Mukhriz Mahathir dan Jacob Dungau Sagan

Menteri Sains dan Inovasi - Dr Maximus Ongkili Timbalan menteri - Fadillah Yusof

Menteri Pelancongan - Ng Yen Yen Timbalan menteri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri Pertanian - Noh Omar Timbalan menteri - Johari Baharom dan Rohani Abdul Karim

Menteri pertahanan - Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan menteri - Dr Abdul Latif Ahmad

Menteri Kerjaraya - Shaziman Abu Mansor Timbalan menteri - Yong Khoon Seng

Menteri Kesihatan - Liow Tiong Lai Timbalan menteri - Rosnah Rashid Shilin

Menteri Belia dan Sukan - Ahmad Shabery Cheek Timbalan menteri - Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng
Sumber manusia - Dr S Subramaniam Timbalan menteri - Maznah Mazlan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Ismail Sabri Yaakob Timbalan menteri - Tan Lian Hoe
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Kong Cho Ha Timbalan menteri - Lajim Ukin
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Sharizat (sen) Timbalan menteri - Chew Mei Fun
Menteri Luar - Anifah Aman Timbalan menteri - A Kohilan Pillay (sen) dan Lee Chee Leong (sen)
Menteri Wilayah Persekutuan - Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan menteri M Saravanan

PILIHANRAYA KECIL


Pilihanraya kecil yang dijalankan serentak di tiga negeri...
keputusan seperti sudah diduga...
BN mengekalkan kerusi N29 Batang Ai....
PAS mengekalkan kerusi P59 Bukit Gantang..
PKR kerusi N25 Bukit Selambau....
lepas ni mungkin banyak lagi kerusi yang nk direbut....kita mungkin penah main permainan rebut kerusi atau MUSIC CHAIR kan....hehehee

MALAYSIA HARI INI

TEROKAI MALAYSIA..X PAYAH NAK BAZIR DUIT MELAWAT PAT ORANG,,PAT KITA LAGI CANTIK,LAGI MENARIK..BAK KATA PEPATAH OLD SCOOL "HUJAN EMAS NEGERI ORANG UJAN BATU NEGERI SENDIRI"...MAKSUDNYA..BAIK NEGERI ORANG PASTU AMIK EMAS BAWA BALIK NEGERI KITA,HEHEE

MENARIK TENTANG NAJIB

1)...UCAPAN PERTAMA DISEKOLAH RENDAH...Ucapan pertama Najib sebagai Ahli Perlimen pekan Adalah ketika merasmikan majlis perjumpaan IbuBapa dan Guru PIBG disebuah sekolah rendah di Pekan Pahang,Memandangkan beliau baru balik dari Oversea(England) Bahasa Melayu nya kurang baik.tetapi beliau pantas memperbaiki kelemahan itu..

2)....HARON,ISHAK GURU AGAMA...Najib belajar agama dari dua orang tokoh agama terkenal iaitu Datuk Haron Din dan abgnya Ustaz Ishak Din malah Najib turut mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi...

3)...NAMA PRESIDEN MESIR PERTAMA...Tun Abdul Razak dan Tun Rahah menamakan anak sulung mereka, Mohd Najib yang di lahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis bersempena dengan nama Presiden Mesir pertama Mohammad Naguib yang berjaya mengulingkan Raja Farouk...

4)..AKRAB DENGAN AHMAD JOHARI...disebabkan perbezaaan umur yang dekat iaitu setahun Najib cukup rapat dengan adiknya,Datuk Ahmad Johari...

5)..MAJLIS TAHLIL BAPA...pada tarikh 14 Januari setiap tahun,Najib tidak ketinggalan hadir ke majlis tahlil Allahyarham Ayahndanya di kediaman Tun Rahah...

6)...BIOLA UNTUK ORANG ASLI....Najib pernah menyumbangkan sebuah biola pada majlis kesyukuran bersama penduduk Orang Asli di Api Larat, Pekan.Kendiannya beliau dihiburkan dengan gesekan biola lelaki yang dikenali sebagai Man Jong...

7)....MINAT BOLA SEPAK....Najib gemar bermain bola sepak bersama adik beradiknya dan saudara maranya,Padang permainan terletak di rumah bondanya, Tun Rahah di Jalan Eaton Kuala Lumpur,nama pasukanya ialah Eaton Wonder....

8)....PENGIAT GOLF...peminat dan pengiat sukan golf,akan memilih percutian yang ade kelengkapan padang golf,sentiasa belek buku golf yang terkini utk memilih lokasi percutian yang menawarkan keindahan dan mutu kemudahan padang golf diseluruh dunia...

9)....CITA-CITA SAMPAIKAN TROFI...Masa kecil bercita2 nk berdiri di lubang 18 pada kejohanan golf antarabangsa utk menyampaikan trofi kepada pemenang.Impianya tercapai apabila diberi penghormatan menyampaikan trofi di kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur pada 2006..beliau jugak suka men badminton...

10)....PENTINGKAN KESIHATAN....selalu bersenam dan berkunjung ke Gimnasium selain main golf.mementingkan penampilan diri dan pemakaian,beliau mengalakkan pegawai dan kakitangan awam berpakaian lengkap dan formal serta bertali leher semasa di pejabat dan majlis rasmi....

11) TIADA MASA BERBELI BELAH....kesemua pakaian serta kasut disediakan oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor....

12)....DIGELAR GOLDEN GOOSE....disebabkan keluarga najib sering kali berjenaka antara satu sama lain,lantas gelaran yang diberikan oleh anak2 kepada Najib ialah Golden Goose...

13)....TENUNGAN NAJIB....lain orang lain cara amarahnya,tetapi bagi Najib kemarahanya hanya digambarkan melalui reaksi renungan tajam,muka dan telinga kemerah merahan....

14)...PUISI UNTUK ISTERI....Dati Seri Rosmah Mansor pernah menerima jambangan bunga ros pada hari ulang tahun kelahiranya,aper yang menghairankan pada jambangan tersebut ade puisi,menyedari Najib tidak ada masa manulis puisi Rosmah bertanya kepada pembantu peribadi Najib, rupa2nya puisi tersebut diambil dari sebuah kedai buku.hahahaaa..

15) SUKA IKAN PATIN....ramai yang suka masak lemak ikan patin kan begitu juga dengan Najib,Lebih menarik beliau dapat membezakan antara ikan patin liar atau ikan patin ternak..beliau lebih suka ikan patin liar dan beliau juga suka nasi lemak di sebuah restoran.......di kuantan.....

16)...ROTI CANAI IBU.....setiap kali Najib bertandang kerumah ibunya,Tun Rahan di jala Eaton,,ibunya pasti menyediakan roti canai...sedap oooo...

ERA NAJIB BERMULA


LAHIR UNTUK MEMIMPIN..

Dilahirkan pada 23 Julai 1953...mengangkat sumpah dan ikrar taat setia pada 3 April 2009 sebagai PM ke-6 mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM ke-5)...
..........Jom kita kenal sikit sebanyak tentang PM kita ni...
Penyambung Legasi Tun Razak..menjadi anak kepada seorang perdana menteri mungkin menjadi impian ramai org di luar sana tetapi mendapat peluang menjawat jawatan yg sama pastinya satu takdir dan pencapaian luar biasa buat empunya diri..itu lah takdir yg tertulis untuk Datuk Seri NajibTun Razak...Jasa bapanya,Tun Abdul RAzak Hussein kepada bangsa melayu tidak dapat dinilai dengan kata2,dan kini beliau berpeluang menghulurkan jasa seperti yang pernah bapanya sumbangkan. Sudah 33 tahun Tun Razak meninggalkan kita ,tempoh 6 tahun memimpin dimanfaatkan sepenuhnya oleh Allahyarham dengan menyediakan flatform kukuh(bukan flatform kt puduraya ek)dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal negara. Bangkit dari pengalaman hitam 13 Mei 1969, Tun razak bersama barisan kabinetnya merancana plan yang paling ngetop untuk membina satu warga yang bersatu,biarpun dipisahkan oleh sempadan rumpun bangsa,bahasa dan kepercayaan yang berbeza..
Father of Denvelopment amat sinonim ngn inisiatifnya mengukuhkan kedudukan ekonomi orang melayu menerusi DEB dan pembukaan tanah rancangan Felda (termasuklah felda Taib Andak)...
......Memetik tulisan yang diabadikan dalam buku Tun Abdul Razak: A Personal Potrait....di dalamnya Najib pernah berkongsi satu cerita tentang bapa kesayangannya itu....Masih ingat sewaktu masih kanak2 dulu....kami ingin skali mempunyai kolam renang(swiming pool)teapi setelah puas menunggu selama sebulan permintaan itu ditolak..setelah meneliti anggaran belanja yang disediakan oleh JKR beliau akhirnya memberitahu"tidak boleh"nanti ape pula orang kata"...Beliau (Allahyarham Tun Razak) berpegang kepada prinsip hingga menidakkan banyak perkara yang diingini oleh keluarga semata2 supaya tidak org bercakap mengenainya(fuh mulia sungguh hati beliau kan.)...
ok berbalik kepada Najib...Najib bernafas dan membesar dengan melihat bapanya mengemudi negara yang pada masa itu masih berada dlm fasa awal memperoleh kemerdekaan...biarpun begitu penglibatan Najib dalam arena politik tempatan boleh dianggap sebagi tidak sengaja..ops..im sorry (tagline amir raja lawak musim ke-3)tidak sengaja..pemergian mendadak ayahndanya pada 14 jan 1976 akibat penyakit Leukimia telah mengubah langsung kerjaya beliau secara dramatik...
Mendapat sokongan padu dari UMNO Pahang,kekosongan kerusi Parlimen Pekan kemudian diisi oleh Najib, graduan Jurusan Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham,England yang ketika itu baru berumur 23 tahun(remaja skg umur sebegini masih merempit lagi)...Dipilih menjadi Ahli Perlimen termuda dalam sejarah Malaysia(pecah rekod lagi),,sebelum tu pernah berkhidmat di Bank Negara dan Petronas (bukan stesen minyak petronas sebagai attendent pam ek) sebagi Pengurus Hal Ehwal Awam....
Selepas setahun (bersamaan 12 bulan) selepas bertanding kerusi perlimen Pekan pada 1975 Najib diberi kepercayaan dengan dilantik sebagi Timbalan Menteri Tenaga,Telekomunikasi dan Pos sebelum berkhidmat selaku Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan..
..Kendianyer jadi Menteri Besar Pahang selapas Pilihanraya 1982..Bintang kelahiran Kuala Lipis(sama ngn Datuk Siti Norhaliza kan) terus bersinar apabila beliau memegang portfolio sebagai menteri penuh di beberapa Kementerian seperti Kementerian Belai Dan Suka,Kementerian Pertahanan(2 kali) Dan Kementerian Pendidikan...Pengalam berjuang begitu lama dalam politik sehingga dilantik sebagai orang nombor satu negara sememangnya menjadi aset paling berharga buat Najib...Sepanjang menyaksikan kepimpinan 4 orang PM silih berganti Najib tentunya memperolehi banyak pendedahan tentang cara terbaik menyelesaikan masalah dan memaksimum kan peluang...Najib membuktikan beliau merupakan seorang TPM yang setia kepada ketuanya.Beliu tidak tergesa2 dan tidak pernah cuba untuk membuktikan dirinya lebih power...(go go power rangers..bertukar) ciri2 seorang pengikut yang baik sentiasa ada dlm dirinya...
..Pada masa yg sama kita boleh lihat Najib cukup fokus untuk menyempurnakan tugas yg dipertanggungjawabkan ke atasnya,,tidak kira ketika menjawat jawatan ape pun Najib tidak melakukan sesuatu untuk popularitinya atau bersikap retorik...
Biar apa pun tanggapan serta harapan rakyat terhadap seorang lelaki bernama Najib yang pasti beliau datang dari benih terbaik dan akan terus berusaha membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.......

PM Angkat Sumpah

Sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957, negara berdaulat Malaysia menyaksikan enam pemimpin berwibawa yang dipilih oleh rakyat jelata diamanahkan untuk menduduki kerusi NO 1 negara. Dari zaman Tungku Abdul Rahman sehingga Najib Tun Razak,sebayak 6 orang pemimpin mendapat keistimewaan menjadi perdana menteri..



jom kita kenal sedikit sebanyak tentang tokoh terbilang negarawan ni...

1...PM yang pertama..
Bapa Kemerdekaan..semua org tau kan..




TUNGKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ..
.Menyandang jawatan PM sejak Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957,pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh tungku bagi membebaskan Malaysia daripada penjajah,selain berjaya menuntut kemerdekaan, Tungku membentuk Malaysia pada tahun 1963 menjadi antara pencapain yang dikenang sepanjang zaman,..Pengorbanan dan jasa-jasanya yang membawa tanah air tercinta bebas dari cengkaman penjajah dan melayakkan Tungku digelar BAPA KEMERDEKAAN
















2...TUN RAZAK HUSSEIN...
Mula memimpin negara sebagai PM Ke- 2 pada 22 September 1970..sepanjang menjalankan tugas, Tun telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru DEB yang bertujuan mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang boleh membangkitkan isu perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia.Penubuhan Felda yang dirintiskan oleh Tun telah menjadi peninggalan yang signifikan pada hari ini..Tun meninggal dunia pada 14 Januari 1976..di London(tahun aku di lahirkan)...hehe..dikenali sebagai BAPA PEMBANGUNAN













3...TUN HUSSEIN ONN...
Menyandang jawatan orang No 1 negara selepas Malaysia kehilangan pemimpin besar Tun Razak yang meninggal di London..majlis istiadat mengangkat sumpah sebagi PM diadakan di Istana Negara. Era pemerintah Tun Hussein lebih banyak memperlihatkan usaha- usaha yang menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama agar hidup harmoni disebuah negara yang merdeka....Di gelar BAPA PERPADUAN..









4.....TUN DR MAHATHIR MOHAMAD...
Memegang portfolio sebagai PM ke-4 selama 22 tahun ( 1981 hingga 31 Okt 2003)Perdana Menteri paling lama memerintah di Asia...(pecah rekod tu)..Pada 16 Julai 1981 Tun melafazkan ikrar taat setia dan sumpah menyimpan rahsia dihadapan YDPA Sultan Ahmad Shah Al- Mustain Billah di Istana Negara bukan IB ek..(tu tempat pementasan Puteri Gunung Ledang de Musical)..Di bawah tampuk pemerintahannya, Malaysia berjaya menonjol di pentas antarabangsa lantaran keberanian Tun Dr Mahathir melontar pendapat mengenai isu- isu dunia. Beliau berjaya memodenkan negara dengan membawa banyak pembangunan fizikal menerusi projek2 mega seperti...Menara Berkembar Petronas(KLCC).Litar sepang(SIC),KLIA dan Putrajaya..(fuh tak terfikir langsung dengan otak kita kn ngan idea best ni)...menerima gelaran BAPA PEMODENAN...lebih dikenali ngan nama CHE DET.hee



































5..TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI....
Mengangkat sumpah sebagai Pm ke -5 dihadapan YDPA Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail pada 31 Okt 2003...dibawah pemerintahanya Pak Lah mengamalkan kepimpinan yang telus dan berintegriti. Pak Lah juga memberi penekanan kepada sektor pertanian komersil.Tagline.Modal Insan..Malaysia cemerlang gemilang dan terbilang....dikenali sebagi PAK LAH...(sempoi jer kan) low profil....

Monday, August 25, 2008

lama x masok sini,tgok kwn2 aku semua dh advance dalam hal blog memblog ni,,,xper xper..t aku buka lembaran baru,,biar diorang buka mata tgok blog aku,hahah,ko tggu la kelah,,gogos n ben,,,